Pada zaman sekarang, banyak pelajar melayu telah melupakan Bahasa Ibunda mereka. mereka lebih suka menggunakan Bahasa Inggris. Oleh kerana itu, pemerintah menggalakan agar Pihak Sekolah serta IbuBapa untuk membantu pelajar-pelajar dalam menguasai Bahasa Melayu
Beberapa cara yang dapat dilakukan oleh Pihak Sekolah ialah Pihak sekolah dapat mengadakan bengkel atau perkhemahan untuk pelajar-pelajar Melayu. Tambahan pula ini dapat mengeratkan hubungan antar pelajar-pelajar Melayu. Guru juga berperan penting dalam penguasaan Bahasa Melayu ini. Guru merupakan sumber pengetahuan pelajarnya.Tanpa seorang guru, pelajar tersebut juga tidak akan dapat memahami serta menguasai Bahasa Melayu dengan baik.
contohnya Guru dapat membuat pelajarannya menarik dengan menggunakan Power Point slide. selain daripada itu, pembelajaran juga dapat sesekali dilaksanakan di luar darjah. Di dalam kelas Melayu hanya Bahasa Melayu sahajalah yang boleh di gunakan.
Ini dapat mempertingkatkan minat para pelajar untuk belajar Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar juga akan lebih cepat memahami apa yang diajarkan oleh gurunya,bak seperti peribahasa garam jatuh ke air. Hubungan antara Guru dengan pelajarnya juga akan menjadi lebih akrab.
Selain daripada Guru , Ibu Bapa juga berperan penting dalam penguasaan Bahasa Melayu ini. Tiada guna kalau pelajar hanya menggunakan bahasa melayu semasa kelas melayu sahaja. Sebagai orang tua haruslah memberikan contoh yang baik kepada anak-anaknya. IbuBapa haruslah menggunakan bahasa melayu yang baik di saat berbual dengan anaknya. Mereka juga dapat mengisi waktu luang mereka denganbermain sahibba.Dengan pertolongan daripada IbuBapa, pelajar dapat terdorong untuk lebih sering menggunakan bahasa Ibundanya itu.
Meskipun begitu Pelajar sendirilah yang berperan paling penting, kerana kalau diri kita sendiri tidak ada keinginan untuk meneroka, maka adanya bantuan guru serta IbuBapa juga tidak ada gunanya.Sebagai pelajar yang dapat kita adalah aktif dalam menggunakan bahasa melayu, harus berani bertanya akan sesuatu yang tidak kita fahami. selain itu kita harus bertanggung jawab dalam mengumpulkan tugasan-tugasan tepat pada waktunya. ini akan mendorong kita untuk lebih besemangat dalam belajar.
tambahan pula, pelajar yang lebih baik dapat membantu rakan-rakannya yang kurang mahir dan memberi sokongan kepada mereka. Dengan adanya minat daripada pelajar, maka penguasaan bahasa melayu akan menjadi mudah dan cepat dipahami. Kalau diri kita sendiri mahu belajar dengan baik semuanya akan menjadi sangat mudah.